KISAH
SEEKOR KATAK
Anda pernah dengar kisah katak?
Kisah katak di dalam bikar? Tidak pernah? Biar saya kongsikan lagi sekali.
Sekumpulan pelajar sains telah menjalankan satu ujikaji di makmal menggunakan
katak. Pada ujian yang pertama, katak tersebut cuba dimasukkan ke dalam satu
bikar yang berisi air yang panas mendidih. Apabila katak itu dicampakkan ke
dalam bikar tersebut, katak tersebut terus menggelupur melompat keluar dari
bikar yang berisi air panas tersebut.
Kemudian, pelajar sains tersebut telah membuat ujian kedua. Di dalam ujian kedua kali ini, satu bikar telah digunakan untuk diisi dengan ketulan ais. Dan seekor katak telah diletakkan di dalam bikar dibawah ketulan ais tersebut. Memang katak suka dengan tempat yang sejuk dan seronaklah ia dibawah ketulan ais tersebut. Tidak lama selepas itu, pelajar sains tersebut bertinda k memanaskan bikar yang berisi ais dan katak tersebut menggunakan penunu Bunsen yang diletakkan dibawah bikar. Bikar tersebut dipanaskan perlahan-lahan yang menyebabkan ais tersebut semakin lama, semakin cair. Setelah berubah menjadi air dan ianya semakin panas menggelegak, ironinya katak tersebut tetap tidak berganjak keluar dari air panas tersebut dan akhirnya ianya mati.
Apa yang boleh kita pelajari dari
kisah katak ini? Katak sebenarnya mempunyai sel memori, walaupun ianya adalah
sel ingatan yang kurang, tidak seperti manusia, tetapi katak dapat merakamkan “perasaan” seronok
kesejukan dibawah ketulan ais tersebut. Apabila ais berubah menjadi cair dan
semakin lama semakin panas, katak tersebut tidak mahu “melepaskan”memori indah
dibawah ketulan air, ia merasa cukup selesa dengan memori tersebut dan walaupun
air semakin panas, katak tersebut tetap tidak berganjak dan akhirnya lebih rela
mati daripada berubah atau berti ndak keluar dari situasi tersebut.
Di dalam situasi kehidupan kita,
ramai juga yang “terperangkap” dengan zon selesa (Comfort Zone) merasa
selesa dengan apa yang ada dan tidak perasan yang kos sara hidup dan cabaran
hidup di sekeliling mereka semakin hari semakin hebat. Ramai yang tidak perasan
yang pendapatan yang biasa-biasa hari ini hanya mampu buat mereka hidup “biasa-biasa” sahaja
hari ini dan akan datang. Ramai yang tidak sedar yang mereka semakin hari
semakin menjadi “tidak mampu” untuk mempunyai banyak pilihan. Ramai
yang tidak sedar yang mereka membesar dengan“termakan” dengan banyak
kata-kata negatif atau program minda yang salah seperti “Hidup ini jadi orang
sederhana atau biasa-biasa sudahlah, tak payah kaya sangat!” atau ayat seperti “Alah,
buat apa jadi kaya tapi hati tidak senang, lebih baik miskin, tidak ada duit
tapi hati senang!’ atau ayat seperti :”Cukuplah apa yang ada, hidup ini tidak
lama, mati tidak bawa pun harta benda semua!”.
Itu adalah ayat-ayat “Minda
Miskin” yang salah asuhan sebenarnya. Saya pun dulu banyak dipengaruhi
oleh persepsi yang salah tentang kekayaan dan hidup luar biasa. Dan ianya
menjadi penghalang atau paradigma yang menghalang saya untuk hidup luar biasa kaya
dan berjaya serta diberkati.
Saya dapati untuk membina satu
kehidupan yang cantik serta berjaya di dunia dan mudah-mudahan berjaya di
akhirat. Kita perlu maksimakan hidup serta peluang yang diberikan oleh yang
Maha Kuasa. Kita tidak dihidupkan melalui proses yang “biasa-biasa”. Ibu
bapa kita“bertemu” dan akhirnya kita dikandung oleh ibu kita serta dibawa
ke mana sahaja di dalam tempoh 9 bulan 10 hari. Hari ini ramai daripada kita
yang engkar atau malu dengan situasi ibu ayah kita dan ramai yang “membuang ”
ibu ayah mereka sedangkan ibu kita tidak pernah malu untuk mengusung kita di
dalam kandungan ke sana sini ketika ia hamil serta sentiasa menjaga kita bila
kita dilahirkan. Kita dijaga dengan perhatian yang luar biasa sehinggalah kita
boleh berdikari tiba-tiba kita mudah terguris atau tersentuh hati serta merajuk
dengan ibu bapa kita yang mencurahkan kasih sayang serta banyak pengorbanan
yang luar biasa terhadap kita.
Tuhan tidak menjadikan kita hanya
untuk hidup sekadar di pinggiran atau menjadi “biasa-biasa” sahaja.
Di situlah perbezaan di antara yang mensyukuri nikmat serta yang tidak.
Sekiranya kita bersyukur, kita akan melakukan yang terbaik di dalam kehidupan
kita untuk diri kita, keluarga kita, anak bangsa kita, agama kita dan negara
kita.
Adakah mustahil seseorang itu
boleh hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan sentiasa diberkati?
Pastinya tidak mustahil. Ramai orang yang telah berjaya hidup luar biasa
begitu, cuma kadang-kadang disebabkan hidup kita sekarang ini di kelilingi oleh “katak”,
maka kita ingat semua orang hidup macam katak seperti kita. Jom berubah !
Sumber :
Tidak ada komentar:
Posting Komentar